Salam penuh keindahan di bulan Syawal yang penuh keberkatan,
Maaf la kerana dah lama tak update blog. Sebenarnya dari lama nak update tp oleh kerana ada saja tugas yg perlu dibereskan di samping bizi ngan urusan lain, so tergendala sebentar. Syukur Alhamdulillah...Syawal yang dinanti telah disambut dengan penuh kesyukuran, penuh kesederhanaan..Apa yang penting, bulan Syawal adalah untuk kita bermaaf-maafan sesama kita di samping mengeratkan silaturrahim..sesama sanak saudara. Ini adalah tahun pertama aku beraya tanpa ayahanda tercinta..walaupun sepanjang perjalanan ke Bongawan, hujan turun dengan lebat dan juga jalanraya sesak dengan kenderaan tp hajat di hati telah dapat disempurnakan..Hihi..lau nak tau, Raya pertama tu adalah my birthday..tp aku sebenarnya telah dapat hadiah istimewa yang tidak ternilai..nak tau apa??Hadiah tu adalah hadiah mengenali sanak saudara yang telah lama tiada khabar berita, yang istimewanya juga adalah ada juga sanak saudara yang baru pertama kali bertemu..Sesungguhnya itulah hadiah yang amat berharga yang tidak dapat diperolehi di mana2..Semoga ikatan silaturrahim ini akan berpanjangan hingga ke hujung nyawaku..Insyallah..
My lovely family...
My mom nampak syahdu...je 1st raya tue..
Ini sebahagian dari anak2 buah ah..bila berkumpul, kecoh...tak terkawal!
Tengok la pose dorang nie..hihi..tomey tul!

Abang yang kedua bersama isteri, orang Rungus
Bersama kak Aminah @ Kak Min yang kat Sandakan..anak keempat
Kak Min n cek abe, Sjn. Zainal Hj. Abu Bakar
Bersama Sjn. Faridah..sejak my dad dah takda, my sister pindah p sini..dulu keja kat MINDEF, KL. Syukurlah, ada jugak yang menemani my mom kat umah..
Akak kembar..Junainah..
Me n akak aku Junaidah (kembar Junainah)
Kg. Pikat, Bongawan (rumah abang Kahar, adik my dad)
Gambar kenangan bersama pak cik Kahar n wife
Kg. Bunal, Bongawan (rumah pakcik Tahir, adik my dad)

Inilah kelupis Kg. Bongawan..mmg..sedap..rasanya lemak betul..Apalagi, baru balik dari kubur..bedal terusss...!!
Cicah ngan kari ayam masak kampung..sodap..!!!
Hm...sodap..!
Di rumah pakcik sebelah my dad..di Kg. Bunal, Bongawan
Teruja tengok pemandangan di tepi sawah bendang..terus tak buang masa snappy2 gitu...indah sungguh pemandangan di sini..
Kg. Membakut, rumah mentua abang sulung aku, Ibrahim
Beraya dalam suasana kampung..memang berbaloi!
Bestfriend indeed..my mom n mentua abang aku..
My hb n abg ipar di kelilingi anak2 buah yang dua kali ganda lebih tingggiiiii dari aku!Hihi..
Kg. Kuala, Papar (rumah Babu Diah, adik my mom)
Kumpulan 'bini-binian' (bhs. brunei). Maksudnya kumpulan perempuan..
Hm...besa la kan..lau dah bab meminta maaf, agak sayu jugak ati ni memandang..hukhuk..
Me n sepupu..Siti Asmah with her daughter
Ini pulak group 'laki-lakian' (lelaki). Maintain...hihi..
Sekian dulu, nantikan sambungan 2 Syawal, k? Da..